Jangan menggunakan krim putihkan kulit yang mengandungi Hidroquinona kerana Hydroquinone boleh menyebabkan ochronosisi iaitu sejenis penyakit kulit. Krim pemutih yang mengandungi bahan merkuri amat merbahaya bagi wanita mengandung. 8220BERHATI-hati ketika membeli barangan kosmetik dan lihat dahulu bahan kandungannya kerana sekiranya tersalah beli ia boleh memudaratkan kulit muka anda.8221 Itulah pesanan Dr. Faizal ketika diajukan persoalan mengenai lambakan kosmetik tiruan yang terdapat di pasaran baru-baru ini. Katanya, produk tiruan adalah berbahaya kerana kita tidak mengetahui bahan yang terdapat dalam produk-produk berkenaan. Walaupun terdapat label tetapi kemungkinan besar ai adalah salah kerana produk-produk ini tidak dipantau oleh kementerian yang bertanggungjawab. Selalunya terdapat bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan seperti merkuri, esteróides, bahan produk industri minyak seperti tar dan sebagainya. Berbicara lanjut mengenai hal tersebut, menurut Dr. Faizal, kul...